Friday, March 27, 2009

MATA '09





Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, sudah dua sesi humaiirra menjadi sebahagian dari pimpinan Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan (PMKUM), n kini humaiirra telah meletak jawatn dan kembali kepda kehidupan asal..hehehe..alhamdulillah...Ya Allah, maafkan hambaMu nie diatas kekhilafan dan kelemahan Humaiirra' semasa memegang amanah yang Engkau berikan...

Untuk sahabt pimpinan semua, ana mintk maap bnyak2 diatas kekurngn ana dan moga ukhwah yang terbina tidak putus begitu saje..TAhniah kepada semua yang telah menjalankan tanggungjawab selama ini..kite adalah saling lengkap melengkapi..ibarat satu badan, ....ydp khalil sebagai kepala, kak noni sebagai jantung, zul amirul sebagai appendik, atie sebagai gigi geraham, we sebagai ibu jari, kak su sebagai tangan, kak syu sebagai mata, sid sebagai hidung, joe sebgai kaki dan humaiirra sebagai hati dan semuanya ade peranan masing2 untuk mengerakkan badan tersebut..hehehe..terima kasih sahbt semua..

Tahniah kepada kawanan ajaib pimpinan pmkum untuk sesi 2009/10..All the best 2 all of u..Abe We, Tam,Mira n KAk mie..LOGO BARU PMKUM 4

Thursday, March 26, 2009

MADANI '09





Alhamdulillah..moga hati-hati kita sentiasa bersatu dalam dakwah Islam..Moga bertemu di syurgaMu Ya Rabb..syg sngt kat PMKUM..

Saturday, March 21, 2009

Rindunya pada sahabat...


Ya Allah..moga sahabatku berada dalam lindunganMu...Sudah lama tidak berborak ngn 'dia'...sahabatku dunia akhirat...Ana sedih dan takut coz ramai yg nak aniaya 'dia'..ana teringat kate nya " biar hancur badan ini, tp jangan sampai org gugat Islam"..Ana amat kagum ngn perjuangan dan ketabahan sahabt ana nie...W/pun masing2 sibuk ngn perjuangan di jalan Allah swt, tp ana sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraannya...W/pun kami semakin jauh, tp hati ini tidak akan melupakan segala ukhwah yg tercipta...moga bertemu di syurga...amin...saya sayang awak..

Ya Allah, aku bersyukur kerana memiliki sahabat2 yang sangt menyayangiku...E dan aye, terima kasih banyak2...rindunya kepada sahabat2ku ini...ukhwah kite kerana Allah swt...moga bertemu di syurga kelak..

Friday, March 20, 2009



Alhamdulillah, semlm Humaiirra mnghadiri usrah kat tasik vrct..syukur kepada Allah swt kerana mempermudahkan urusan hambaNya yang kerdil ini..Antara refleksi yang boleh disimpulkan sepanjng kami berdiskusi ialah:

Kite perlu sedar bahawa kita adalah hamba kpd Allah swt..jadi , peranan kite adalah memakmurkan bumi ini dan mengajak manusia kepada Allah swt..Sekarang nie , apa yg dpt kite pertontonkan adalah masalah sosial para remaja umumnya. Kemaksiatan adalah perkara biasa kpd masyarakt kini . Jd, kite yang ade kesedaran nie, perlu mengajak kawn2 kite untuk kembali ke Allah swt..
Untuk melebarkan sayap dakwah Islamiyyah di bumi Allah swt ini, kita ade 2 cara berdakwah ...samada melalui fardiyyah ( iaitu kite berdakwah secara berseorangan) atau secara berjemaah(berkumpulan)..Bg pendapat ana, cara yang terbaik adalah secara berjemaah..Setelah keruntuhan Turki Uthmaniyyah, muncul satu jemaah berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah iaitu Ikhwanul Muslimin yg diasaskan oleh Hassan Al-Banna..Kemantapan dan kehebatan jemaah ini, dpt menarik ramai umat Islam dan Islam semakin berkembang.. SubhanAllah..
Ciri-ciri jemaah yang perlu kita ikuti:
  1. Bersifat Rabbani ( hendaklah berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah)
  2. Tajdid (Perubahan)---melakukan perubahan ke arah yg lebh baik bersesuaian dengan waqi'( tempat)
  3. Syumuliyyah ( bersifat menyeluruh)---jemaah yang menerima semua perkara...kehidupan, politik, muamalah, ekonomi, pendidikan dan sebagainya..sekecil2 perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
  4. Independent ( Tersendiri/berdikari)----contoh, sekrg nie kebnyakan sistem di MAlaysia adalah dari BArat, tp kite yg berada di dalam jemaah perlu ikut Al-Quran dan Al-Sunnah dan sedaya upaya menolak sekularisme or kapitalisme yang dicipta oleh BArat..Yang mana elok, kita ambk n yg mane x elok, kite menentang..Apa yang penting, diredhai oleh Allah swt...Wallahualam..
~Allah bukan menilai kejayaan atau kegagalan kite, tp Allah nilai usaha kite..Mohon sahabat semua faham ape yang saya maksudkan..Mohon dimaafkan atas kekhilafan diri ini..~

Wednesday, March 18, 2009

warna spektrum dan perkaitan dngn waktu solat

Assalamualaikum
hUmaiirra' just nak kongsi artikel nie ngn sahabat semua
insyaAllah, artikel nie mendedahkan rahsia solat kepada kesihatan kita...
selamat membaca...
Very Happy


pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.





Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?





Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita...

Wink



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail....





Wassalam... Very Happy

Bab Cinta ...

MENCARI ATAU MENJADI?

"Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya", kata seorang mahasiswi .

"Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!", tegas seorang mahasiswa .

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya ? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga?

Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumah tangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan `itu' walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.


Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Shocked Shocked Rolling Eyes Rolling Eyes Cool Cool Smile Smile Smile

Calon soleh vs Calon Solehah..

Assalamualaikum

Bagi ana, topik ini sesuai bangat bagi yang belum berpunya dan yg dah ade "ehem2" tu, jadikan ia sebagai panduan...InsyaAllah... Very Happy Very Happy Very Happy

satu situasi:

" kalau hang nak kawen, hang nak pilih yg lagu mane?"

" kalau koi la, koi nak suami yang istiqamah dalam ibadat, pandai mengaji Al-Quran, boleh jadi imam dalam solat, dan yang penting boleh bimbing koi ke jalan yang diredhai Allah ...semuanya yang baik2 lah.

" Hang nie memilih sungguh, hang cuba tengok akhlak hang dulu. adakah hang nie layak untuk dapatkan yang soleh sedangkan diri hang x jadi calon yang solehah?"


Ana nak bukak minda sahabat semua tentang calon soleh/solehah yang kita impikan.....

Adakah lelaki itu mesti hafal 30 juzuk Al-quran baru dikira calon yang soleh?

Adakah perempuan itu mesti berpurdah baru d'kira calon yang solehah???

Jadi, dalam konteks dunia sekarang, apakah kriteria2 yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi calon soleh/solehah...

Sahabat semua, jika ada pendapat atau cerita, jangan segan2 nak kongsi..InsyaAllah, ia menjadi panduan kepada kita semua untuk improve diri dan mendapat calon soleh/solehah yang diimpikan..amin... Very Happy

Wassalam...