Friday, March 20, 2009



Alhamdulillah, semlm Humaiirra mnghadiri usrah kat tasik vrct..syukur kepada Allah swt kerana mempermudahkan urusan hambaNya yang kerdil ini..Antara refleksi yang boleh disimpulkan sepanjng kami berdiskusi ialah:

Kite perlu sedar bahawa kita adalah hamba kpd Allah swt..jadi , peranan kite adalah memakmurkan bumi ini dan mengajak manusia kepada Allah swt..Sekarang nie , apa yg dpt kite pertontonkan adalah masalah sosial para remaja umumnya. Kemaksiatan adalah perkara biasa kpd masyarakt kini . Jd, kite yang ade kesedaran nie, perlu mengajak kawn2 kite untuk kembali ke Allah swt..
Untuk melebarkan sayap dakwah Islamiyyah di bumi Allah swt ini, kita ade 2 cara berdakwah ...samada melalui fardiyyah ( iaitu kite berdakwah secara berseorangan) atau secara berjemaah(berkumpulan)..Bg pendapat ana, cara yang terbaik adalah secara berjemaah..Setelah keruntuhan Turki Uthmaniyyah, muncul satu jemaah berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah iaitu Ikhwanul Muslimin yg diasaskan oleh Hassan Al-Banna..Kemantapan dan kehebatan jemaah ini, dpt menarik ramai umat Islam dan Islam semakin berkembang.. SubhanAllah..
Ciri-ciri jemaah yang perlu kita ikuti:
  1. Bersifat Rabbani ( hendaklah berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah)
  2. Tajdid (Perubahan)---melakukan perubahan ke arah yg lebh baik bersesuaian dengan waqi'( tempat)
  3. Syumuliyyah ( bersifat menyeluruh)---jemaah yang menerima semua perkara...kehidupan, politik, muamalah, ekonomi, pendidikan dan sebagainya..sekecil2 perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
  4. Independent ( Tersendiri/berdikari)----contoh, sekrg nie kebnyakan sistem di MAlaysia adalah dari BArat, tp kite yg berada di dalam jemaah perlu ikut Al-Quran dan Al-Sunnah dan sedaya upaya menolak sekularisme or kapitalisme yang dicipta oleh BArat..Yang mana elok, kita ambk n yg mane x elok, kite menentang..Apa yang penting, diredhai oleh Allah swt...Wallahualam..
~Allah bukan menilai kejayaan atau kegagalan kite, tp Allah nilai usaha kite..Mohon sahabat semua faham ape yang saya maksudkan..Mohon dimaafkan atas kekhilafan diri ini..~

No comments:

Post a Comment