Tuesday, March 17, 2009

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt..
Hari ini Humaiirra' berpeluang menjadi tetamu Allah swt di Surau kk4..
Hari ini Ustaz Yazid bg ceramah..Alhamdulillah banyak ilmu yg Humaiirra dpt..
Di sini, Humaiirra' selitkan satu cerita untuk tatapan sahabat semua..


Kisah ini berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW..


Walid Nabi Muhammad saw, Saidina Abdullah bin Abu Mutallib merupakan pahlawan gagah berani dan dilahirkan di dalam keluarga ternama..Di dahi Saidina Abdullah, ade tanda yg memancarkn cahaya..


Seorang puteri dari Syam telah mengkaji dan mendapati bahawa di Kota Mekah, ade seorang pemuda yang mempunyai cahaya di dahi dan pemuda ini akan memiliki seorang zuriat dimana apabila dewasa kelak akan menjadi Nabi akhir zaman..Sang Puteri dikenali sebagai Puteri Fatimah Syam dan bercita-cita untuk melahirkan zuriat tersebut...


Puteri Fatimah Syam berangkat ke kota Mekah untuk melamar Saidina Abdullah..Selepas beberapa detik masa, Puteri Fatimah Syam sampai di pinggir Kota Mekah dan mengutuskan dua wakil untuk melamar Saidina Abdullah..Sesudah lamaran itu diucap, SAidina Abdullah memohon restu dr ayahandanya dan aBU Mutallib merestui lamaran itu..


Saidina Abdullah menunggang kuda putih menuju ke Pinggir Kota Mekah untuk bertemu sang puteri..NAmun, dengan ketentuan Allah swt, terdetik di hati Saidina Abdullah untuk singgah ke rumah dan bertemu dengan Siti Aminah Khuwailid, zaujah tercinta..Setibanya di rumah, Saidina Abdullah melihat kecantikan luar biasa di wajah Zaujahnya...Alhamdulillah, mereka melakukan sexual intercourse dan benih tumbuh di rahim Siti Aminah yang mulia..


Seusai itu, cahaya di dahi Saidina Abdullah hilang..beberapa detik masa, Saidina Abdullah bertolak ke pinggir Kota Mekah untuk bertemu sang puteri, n lamaran yg dibuat sebelum ini ditarik balik selepas puteri Fatimah melihat tiada cahaya di dahi Saidina Abdullah dan tahulah sang puteri itu bahawa zuriat tersebut telah berada di rahim wanita lain.. ( sumber: ustaz Yazid)


Kesimpulannya, betapa mulianya NAbi Muhammad saw...Mohon nti/nta sampaikan crite ini kepada sahabat2 yg lain..Wallahualam...Apa yang baik, dtng dari Allah n yang tidak baik, disandarkan kepada ana..

Wassalam

No comments:

Post a Comment